Jumaat, 21 Mac 2014

Warna Warni Kehidupan Trading

Bunyi macam takde kena mengena dengan Forex. Walaubagaimana pun pasaran forex menuntut setiap trader untuk membuat keputusan. banyak aspek perlu dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat seperti mengenal pasti berapa banyak RISIKO yang perlu ditanggung, mengenal pasti berapa banyak PROFIT yang boleh diraih dan menentukan ENTRY POINT yang paling tepat. 


Dalam kita cuba meraih untung, trader perlu menitik beratkan soal RISIKO. Ini adalah kerana pasaran FOREX merupakan bidang palaburan yang berisiko tinggi. Trader boleh hilang kesemua modal pelaburan hanya dengan beberapa saat sahaja. Oleh yang demikian, seorang trader yang bijak pasti akan mengambil langkah2 tertentu bagi mengurangkan kerugian dan meraih untung sabanyak mungkin. Entry point yang paling tepat adalah BUY dari PUCUK dan SELL dari AKAR. Walaubagaimanapun, ada ketikanya tidak membuat sebarang entry adalah bijak. Biar rugi tidak trade daripada rugi akibat SL.





Wow gambar di atas adalah teknikal analisis yang dibuat secara terperinci. Apa yang dapat digambarkan ialah trader yang membuat analisis seperti ini adalah seorang trader yang amat berhati hati dalam membuat keputusan. Kita dapat lihat pelbagai Indicator digunakan untuk menentukan Price Action dan juga mendapatkan Signal2 yang diyakini. Tidak kurang juga dengan penggunaan Warna2 yang terang untuk membolehkan setiap Signal dilihat dengan jelas. Namun pada hakikat yang sebenar, semua indicator yang digunakan akan membuat trader itu menjadi keliru dan Bingong. Terdapat indicator menafsirkan bahawa harga pasaran akan turun tetapi indicator lain menyatakan sebaliknya. Dalam situasi seperti ini, keputusan yang tepat tidak dapat dibuat dan mengakibatkan trader lebih bergantung kepada nasib. Begitu juga dengan penggunaan warna yang terang dan menjolok mata. Secara psychology penggunaan warna seperti ini boleh mempengaruhi trader dalam membuat keputusan. Signal yang bewarna terang dan ada kalanya  berkelip kelip akan membuatkan trader terpengaruh dan tidak berfikir panjang. Maka dengan itu trader tersebut terlalu mudah untuk membuat kesilapan dalam bertrading.


Berbeza dengan Teknikal Analisis yang mudah seperti gambar di atas. Trend pasaran dapat ditentukan dengan tepat dan Price Action juga dapat dibaca dengan teliti. Tiadanya lambakan Indicator dan Signal pada chart membolehkan trader membuat keputusan dengan tepat berdasar trend semasa. Aktiviti trading juga dapat dilakukan dengan tenang dan lebih santai. Penggunaan warna yang tidak menjolok mata juga membolehkan trader berfikir dengan tenang dan lebih rasional. Jadilah trader yang bijak yang sentiasa trade mengikut trend. Ingat!! Kurangkan RISK dan tingkatkan PROFIT. Bekalkan diri kita dengan ILMU sebelum kita melangkah ke dalam dunia ini. Semoga berjaya.


PEACE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan