Isnin, 10 Mac 2014

OHLC



OHLC adalah asas dalam pemahaman bagaimana Candlestick(CS) terbentuk. Waktu pembentukan CS berbeza mengikut Time Frame(TF). Contohnya TF W1 akan membentuk CS yang mewakili pergerakan harga selama 1 minggu,TF D1 akan membentuk CS yang mewakili pergerakan harga untuk 1 hari dan TF H4 akan menunjukkan CS yang mewakili pergerakan harga untuk setiap 4jam. Begitulah hubungkait antara TF dan pembentukan CS.

Open adalah merujuk kepada harga ketika CS terbentuk. High merupakan puncak tertinggi yang pernah dicapai dalam pembentukan CS tersebut. Low ialah dasar yang paling rendah pernah dicapai dan Close merupakan Harga CS tersebut ditutup. Sekiranya Close lebih tinggi dari Open CS Bulish akan terbentuk dengan warna hijau. Sekiranya Close lebih rendah dari Open, maka CS Bearish pula yang akan terbentuk dengan warna merah.

Sekian dulu nota tentang pemahaman OHLC. 

PEACE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan