Selasa, 11 Mac 2014

Elliot Wave

Merupakan satu teori yang sangat popular di kalangan trader yang ada pada hari ini. Ralph Nelson Elliot adalah orang yang mengkaji dan menganalisa kumpulan2 data yang membuktikan bahawa pergerakan harga pasaran bergerak secara WAVE mengikut pola pola tertentu. Beliau juga telah mengarang sebuah buku bertajuk The Wave Principle ketika berumur 66 tahun. Sehingga sekarang pergerakan harga pasaran ini terus dikenali sebagai Elliot Wave.

Tak hensem pon orangnya hahaha

Pada asasnya Elliot Wave akan bergerak mengikut kiraan Wave 1 2 3 4 5 dan Wave A B C. Kita akan dapat lihat bagaimana pasaran dalam Forex itu berulang ulang dengan Wave seperti ini. Elliot wave terbahagi kepada dua trend iaitu trend panjang seperti Wave 1, 3, 5, A & C dan trend pendek seperti wave 2, 4 & B. Sila rujuk gambar di bawah.

Ini adalah Standard Elliot Wave

Walaubagaimanapun Elliot Wave sangat sukar difahami. Tidak sama seperti gambarajah yang standard seperti di atas. Ini adalah kerana Wave pada realtime adalah agak berterabur dan memeningkan. Namun jika kita memahami konsep asas dalam Elliot Wave pengiraan Wave akan menjadi lebih mudah. Lihat gambar di bawah.

Ini adalah Standard Elliot Wave

Bagaimana pula dengan gambar di bawah ini. Tentu lebih rumit dan memeningkan kepala untuk membuat pengiraan wave bukan?

Arghhhhhhhhhh pening ar


Jadi untuk mengelakkan dari kekeliruan, cara yang paling mudah adalah dengan mengenal pasti ciri ciri yang terdapat dalam Elliot Wave. Ciri cirinya ialah:-
     
1. Wave 2 tidak boleh lebih rendah dari wave 1 ketika Bullish dan 
    Wave 2 tidak boleh lebih tinggi dari wave 1 ketika Bearish.

2. Wave 3 tidak boleh menjadi wave yang paling pendek di antara 3 
    trend panjang iaitu wave 1, wave 3dan wave 5.

3. Wave 4 tidak boleh overlap dengan wave 1 kecuali dalam keadaan 
    diagonal triangle.



Gambar di atas pula merujuk tentang Elliot Wave yang kecil dari TF yang kecil berada dalam Elliot Wave yang besar yang diwakili oleh TF yang besar... Warna biru mewakili Elliot Wave dari TF D1 manakala warna biru muda pula adalah Elliot Wave kecil yang mewakili TF H1. Berdasarkan gambar di atas kita dapat saksikan setiap wave bergerak dalam kiraan 1,2,3,4,5,A,B,C. Walaubagaimanapun adakalanya berlaku reversal dan wave bergerak dalam kiraan 1,2,3,4,5,1,2,3,4,5 seperti yang kita lihat dalam gambar rajah di atas.


PEACE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan